
‘Turn off’ Bila Pasangan Mulut Berbau? Ini Tips untuk Anda!
Pasangan suami isteri pastinya mahukan pasangan mereka wangi dan selesa untuk didampingi kan? Tapi… kalau mulut berbau, pasangan kita pun mula menjauh dan ‘turn off’ nak mendekati . Bila keadaan sebegitu terjadi, mula lah tuduhan tak berasas dan pergaduhan berlaku.
Alamak…kita tak nak la sampai terjadinya perkara begitu kan. Oleh itu, ayuh kita jaga kebersihan mulut kita dengan pastikan mulut tidak berbau dan pasangan pun tak ‘turn off’ dengan kita.
Jom baca lebih lanjut untuk ketahui tipsnya!
Makanan yang baik untuk kesegaran mulut
Yogurt
Bukan sahaja bagus untuk sistem penghadaman, ramai yang baru tahu bahawa yogurt boleh menjadi antara makanan yang dapat menghilangkan bau nafas sebelum anda melakukan hubungan seks. Hal ini kerana, kandungan probiotik yang ada dalam yogurt dikatakan dapat membunuh bakteria.
Epal
Memang dikenali sebagai salah satu jenis buah yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan, ternyata epal juga tidak ketinggalan memberi manfaat dari segi seksual. Khasiat yang ada di dalam buah epal dikenali sebagai polifenol mampu menjaga kesihatan jantung dan cegah kanser.Bukan itu sahaja, tekstur buah epal juga dapat merangsang produksi air liur yang boleh mengelakkan mulut berbau.
Teh Hijau
Selain mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi, teh hijau juga mempunyai manfaat untuk menghilangkan bau mulut. Menurut kajian yang dilakukan, teh hijau mempunyai kandungan epigallocathechin-3-gallate (EGCG) yang mampu menghambat pertumbuhan bakteria penyebab bau mulut.
Air Kosong
Ini merupakan cara yang paling mudah untuk mengurangkan masalah mulut berbau iaitu dengan minum air kosong dengan secukupnya. Hal ini kerana, disebabkan pengeluaran air liur berkurangan yang menyebabkan nafas mulut anda berbau dan sebab itulah anda kena minum air kosong dengan banyak. Bahkan, dengan air kosong anda boleh membersihkan sisa makanan di dalam mulut.
Buah-buahan yang tinggi Vitamin C
Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan Vitamin C adalah sangat bermanfaat untuk mengurangkan bau mulut. Memiliki antioksidan yang tinggi bukan sahaja dapat mencegah pelbagai jenis penyakit berjangkit malah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk mengelak anda terkena radang gusi. Antara jenis buah yang boleh diambil adalah nanas, oren, strawberi dan mangga.
Semoga bermanfaat! ☺