Cendawan Punca Perut Angin? Elak Cendawan dan 5 Makanan Ini!
“Tadi saya ada makan makanan yang ada cendawan. Aduhhh, sakit betul… Takkan cendawan punca perut angin?”- Miss A
Perut angin kadangkala boleh menjadi ‘toksik’ untuk keselesaan harian anda. Bayangkan, anda sedang menikmati hari yang indah, tetapi tiba-tiba perut anda berbunyi seperti orkestra gas. Memang tak selesa betul!
Jadi, untuk mengekalkan keselesaan dalam perut dan mengelakkan ‘konsert’ gas yang tidak diundang, anda perlu tahu jenis makanan yang boleh berpotensi mencetuskan kekecohan dalam perut anda. Seperti situasi di atas, ada kemungkinan ke cendawan boleh menyebabkan perut kita berangin? 🤔
Jom ketahui lebih lanjut!
Elak Cendawan dan 5 Makanan Ini!
- Cendawan
Terdapat beberapa jenis cendawan yang selamat dan baik untuk dimakan termasuklah cendawan tiram, cendawan telinga, cendawan straw, dan cendawan butang. Cendawan ini mengandungi gula semula jadi yang agak sukar untuk dicerna oleh usus kecil.
Oleh kerana itu, kandungan gula semula jadi dalam cendawan akan masuk ke dalam usus besar dan diproses oleh bakteria, menghasilkan gas berlebihan.
Namun, pengambilan cendawan ini masih dianggap selamat dan baik untuk kesihatan badan selagi tidak berlebihan.
- Sayur-sayuran jenis ‘Cruciferous’
Sayur-sayuran jenis cruciferous seperti brokoli, kubis, dan asparagus boleh menghasilkan gas berlebihan. Sayuran ini mengandungi serat dan rafinosa yang boleh mempengaruhi pengeluaran gas dalam sistem pencernaan.
Walaupun ia boleh meningkatkan pengeluaran gas semasa pencernaan, sayuran ini dikategorikan sebagai makanan yang tinggi serat dan boleh dimakan dalam jumlah yang disyorkan.
- Kekacang
Makanan yang menjadi punca perut berangin seterusnya adalah kekacang. Kacang mengandungi banyak rafinosa, iaitu gula kompleks yang sukar dicerna oleh badan. Rafinosa bergerak dari usus kecil ke usus besar di mana ia dipecah oleh bakteria, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida, dan gas metana, yang kemudiannya dikeluarkan melalui rektum.
- Produk Tenusu
Laktosa adalah gula yang terdapat dalam susu dan kebanyakan produk tenusu seperti keju. Jika anda mengalami masalah kesukaran membuang angin besar dan sakit perut selepas mengambil produk tenusu, itu mungkin tanda-tanda intoleransi laktosa.
- Gula-gula Getah
Gula-gula getah boleh menyebabkan perut berangin. Ini disebabkan gula-gula getah mengandungi gula-gula yang sukar dicerna seperti sorbitol, manitol, dan xylitol.
Kurangkan pengambilan gula-gula getah kerana ia boleh menyebabkan anda bersendawa dengan kerap.
Semoga bermanfaat!☺️