
Nanas Menyebabkan Keguguran? Fakta ke Auta ni…
“Jangan makan nanas, nanti gugur!”
Ibu-ibu mengandung mesti biasa kan dengar ayat ni. Kebiasaannya, orang cakap nanas ni bersifat ‘tajam’, jadi itulah puncanya wanita mengandung tidak digalakkan untuk makan nanas.
Tapi…sejauh mana kebenaran itu? Jom ketahui selanjutnya di bawah!
Manfaat Nanas
1. Menyokong Sistem Imun Tubuh
Nanas mengandungi vitamin C yang bermanfaat untuk memperkukuhkan sistem imun dan memberikan perlindungan kepada ibu hamil.
Tambahan pula, bromelain juga merupakan bahan yang efektif dalam melawan gejala selesema. Jika anda mengalami selesema atau sakit tekak, ia dapat membantu anda merasa lebih baik.
2. Menguatkan Tulang dan Tisu
Nanas mengandungi banyak mangan, yang merupakan bahan penting dalam pembentukan tulang dan tisu penghubung.
3.Mengelakkan Sembelit
Buah ini mengandungi banyak serat yang membantu mengelakkan sembelit semasa hamil. Selain itu, kandungan bromelain di dalamnya juga dapat merangsang proses pencernaan.
4.Mengurangkan Gejala Mabuk Kehamilan
Dalam kes tertentu, wanita hamil yang mengambil buah ini boleh membantu mengurangkan gejala mabuk kehamilan.
Ibu Mengandung Boleh Makan ke?
Ada juga mitos yang mengatakan bahawa buah ini boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan.
Salah faham ini adalah disebabkan kehadiran bromelain dalam buah itu sendiri.
Pemahaman yang lebih tepat adalah bahawa bromelain mampu memecahkan protein, dan mengingatkan bahawa janin yang sedang terbentuk mengandungi protein, maka pengambilan bromelain mungkin menyebabkan pendarahan dan keguguran.
Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa buah ini menyebabkan keguguran ini. Sebaliknya, ibu hamil boleh mengambil nanas dengan selamat.
Bagi langkah berjaga-jaga, makan dua potongan segar setiap minggu pada awal kehamilan anda boleh dianggap selamat.
Kesimpulannya, nanas ni bukanlah tidak boleh dimakan langsung dan menyebabkan keguguran apabila mengambilnya. Malah, kandungan nutrisi di dalam nya memberikan manfaat untuk kita. Tapi ingat, kawal kadar pengambilan dan jangan berlebihan tau! 😉