
Gastrik Ganggu Hari Anda? Amalkan 2 Bahan ini untuk Atasinya!
Gastritis atau gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab. Lapisan perut menghasilkan asid dan bahan lain yang berfungsi memecahkan nutrien makanan. Ia juga menghasilkan lendir bagi melindungi perut daripada asid yang dihasilkannya.
Gastrik memang boleh membuatkan hari kita terganggu, kan? Tapi, jangan risau… Terdapat dua bahan semulajadi yang boleh membantu melegakan simptom tanpa perlu terlalu stress.
Bukan saja semula jadi, malah ia juga mudah untuk didapati bagi merawat masalah gastritis atau perut anda itu.
Jom ketahui lebih lanjut tentang petua ini!
2 Bahan Semulajadi untuk Atasi Gastritis
Bahan-bahan:
- 1 gelas susu suam
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
Cara penyediaan:
1. Campurkan dua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.
2. Kemudian, minum setiap malam sebelum tido.
Ada yang dah berbelas tahun hadapi gastrik dan akhirnya hilang bila minum air ini. Selain itu, ia juga boleh membantu menghilangkan selesema dan insomnia.
Antara kelebihan menggunakan kayu manis ceylon adalah:

- Turunkan kolesterol
- Rawat ketidaksuburan
- Legakan sakit gigi
- Kuatkan tulang
- Lancarkan sistem penghadaman
- Tingkatkan sistem imunisasi badan
- Rendah risiko parkinson
- Kurangkan radang otak
- Rendah risiko nyanyuk
- Membantu mengawal berat badan
- Kurang risiko kanser
- Kulit awet muda
- Kulit lebih anjal
- Cerahkan warna kulit
- Cegah diabetes
- Bertindak sebagai anti oksidan
Pastikan anda beli kayu manis ceylon dan jangan tersalah pilih tau…
Semoga dapat memberi manfaat dan selamat mencuba! 😊