
Jerawat? Oh no! Ini Cara untuk Kecutkannya dengan Cepat
Seketul jerawat muncul di muka, boleh rosak mood kita seharian. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Paling stres, bila ia keluar pada tarikh-tarikh penting seperti hari perkahwinan atau konvokesyen. Fuhh, hilang terus rasa nak melawa.
Dah… jangan stres-stres. Jom ikuti cara mudah ini untuk kecutkan jerawat anda dengan cepat!
Teh Hijau
Teh hijau kaya akan antioksidan. Ia membantu mengurangkan jerawat dan dalam masa yang sama, ia dapat mengurangkan rasa sakit dan kemerahan yang disebabkan oleh keradangan pada kulit.
Yang menariknya, anda dapat minum teh hijau terlebih dahulu dan kemudian menggunakan sisa teh tersebut untuk mengurangkan jerawat di wajah. Cara mengurangkannya dengan teh hijau adalah seperti berikut:
- Ambil sisa teh hijau yang sudah digunakan dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Setelah sejuk, tempelkan sisa teh hijau tadi pada wajah.
- Biarkan selama 30 minit.
- Buang sisa teh yang digunakan tadi.
- Biarkan muka tanpa dibilas agar kulit dapat menyerap manfaat teh hijau tersebut.
Teh hijau berperanan sebagai pelindung terhadap sinar UV yang dapat merosakkan kulit dengan membekalkan sebatian antioksidan seperti epigallocatechin-3-gallate (ECGG).
Masalah jerawat dan kulit kusam juga dapat diperbaiki ketika kulit mendapat perlindungan yang baik.
Tomato
Cara berikutnya untuk mengurangkan jerawat adalah dengan menggunakan tomato. Tomato adalah buah yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Tapi, macam mana tomato membantu mencantikkan kulit?
Kajian menunjukkan bahawa buah tomato mengandungi zat yang disebut lycopene, iaitu jenis antioksidan yang membantu mencerahkan dan meratakan kulit.
Bahkan, zat ini juga membuat kulit wajah kelihatan merah seperti kulit tomato!
Jika Anda memiliki kulit yang mudah terbakar disebabkan sinar matahari, tomato juga sangat membantu. Selain mengambilnya untuk merawat kulit, anda juga boleh menggunakan tomato untuk mengurangkan jerawat dengan cara ini.
- Ambil satu biji buah tomato, belah menjadi 4 bagian.
- Ambil satu potongan dan hancurkan hingga halus.
- Sejukkan di dalam peti sejuk.
- Sapukan pes tomato pada jerawat dan biarkan sepuasnya.
Pes tomato dapat membantu mengurangkan jerawat dan pada masa yang sama ia dapat mengurangkan kemerahan dan rasa sakit akibat keradangan.
Timun
Timun bukan hanya lazat sebagai appetizer, tetapi juga dapat membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.
Caranya adalah dengan memotong timun menjadi hirisan kecil, kemudian hancurkan hingga menjadi pes. Tempelkan pes timun pada wajah dan biarkan hingga kering.
Kajian juga menunjukkan bahawa timun membantu menjaga kelembapan wajah dan membuatkan kulit wajah kekal terhidrat. Ini membuat kulit semakin sihat dan berseri.
Lemon
Lemon juga adalah bahan alami yang telah lama digunakan untuk mengecutkan jerawat. Namun, perlu diingat bahwa lemon bersifat asidik, anda mungkin akan merasa sedikit pedih ketika jus lemon bersentuhan dengan kulit yang berjerawat.
Caranya adalah perah lemon, basahkan kapas dengan jus lemon tersebut. Sapukan pada jerawat dan biarkan hingga kering. Jika Anda merasa pedih, bilas wajah Anda dengan segera.
Menurut kkajian, selain memiliki sifat anti-penuaan dan antioksidan, lemon juga memiliki kemampuan sebagai bahan antimikrob pada kulit manusia.
Oleh itu, penggunaan lemon sangat sesuai sebagai bahan untuk mengurangkan jerawat dan mencantikkan kulit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!