
Pesakit Diabetes Boleh Makan Apa? Jom ketahuinya!
“Jangan minum ni, banyak gula!”
“Ish ish ish, manis dia boleh potong kaki!”
Semua benda tak boleh, habis boleh makan apa ni? Ini lah dilema yang selalu dialami oleh pesakit diabetes. Kalau dah gula kena potong, tak ke menggigil badan?
Sebenarnya, banyak lagi makanan lain yang boleh memberikan nutrisi yang baik untuk badan terutamanya pesakit diabetes. Jom ketahui apa yang boleh anda ambil!
Makanan yang Baik untuk Pesakit Diabetes
- Sayur-sayuran & Buah-buahan
Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan kangkung kaya dengan serat dan rendah kalori. Makan sayur-sayuran yang segar atau direbus adalah pilihan yang baik.
Buah-buahan segar yang rendah gula seperti epal, pir, strawberi dan beri juga baik untuk diambil. Kurangkan pengambilan buah-buahan yang tinggi gula seperti pisang dan mangga.
- Lemak sihat
Lemak sihat seperti lemak daripada zaitun. Ini kerana lemak sihat yang terkandung dalam minyak zaitun dapat membantu meningkatkan imuniti dalam badan.
- Roti gandum
Pilih roti gandum daripada roti putih kerana roti gandum mengandung serat yang lebih banyak dan dapat membantu mengawal gula darah.
- Karbohidrat kompleks
Pilih karbohidrat kompleks seperti beras merah, quinoa dan oat. Karbohidrat kompleks lebih lambat dicerna dan tidak ‘mengangkat’ gula darah dengan cepat.
- Protein
Sumber protein sihat seperti ikan, ayam tanpa kulit, kekacang dan tauhu adalah pilihan yang baik untuk membantu menjaga gula dalam darah agar stabil.
- Makanan rendah gula
Hindari makanan dan minuman tinggi gula termasuk minuman bersoda dan snek yang mengandung gula tambahan.
Ingatan penting untuk anda juga untuk mengawal pongambilan makanan Anda. Ini kerana mengukur makanan dan menyeimbangkan kalori dapat membantu mengawal gula darah.
Jangan lupa untuk selalu memantau kadar gula dalam darah serta dapatkan rundingan dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cadangan diet yang sesuai dengan keperluan anda.
Ayuh kita bersama perangi Diabetes! 💪🏼