Pandemik Sekali Lagi? Ketahui Tentang Wabak Penyakit X
Pandemik Sekali Lagi? Ketahui Tentang Wabak Penyakit X
Baru-baru ni, heboh di dada akhbar tentang penularan wabak baharu yang digelar Penyakit X. Alamak, nak kena isytihar pandemik lagi sekali ke? Apa pulak penyakit X ni?
Wabak Penyakit X- merupakan gelaran yang diberi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Penyakit ini dinamakan sebagai Penyakit X sebab masih lagi tak tahu ia penyakit apa.
Ia boleh datang pada bila-bila masa dan kemungkinan akan menjadi 20 kali ganda lebih menyebabkan kematian berbanding Coronavirus, yang menyebabkan 2.5 juta kematian.
Pakar mengatakan bahawa pandemik seterusnya ini dilihat boleh menjadi seakan-akan sama seperti yang terjadi semasa Spanish Flu dahulu.
Kesan kemusnahannya juga mungkin jauh melebihi Covid, di mana dunia berada pada tahap tidak bersedia apabila ia melanda pada awal 2020 dahulu.
Persediaan Pandemik Menghadapi Penyakit X
Menurut laporan Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa mereka sentiasa bersedia dengan apa saja kemungkinan pandemik yang akan berlaku pada masa hadapan, termasuklah juga dengan ancaman Penyakit X ini.
Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa, pun ada mengatakan bahawa mereka sentiasa membuat pemantauan bagi mengesan sebarang penyakit baharu yang muncul, selain Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut memberikan amaran.
WHO turut menyarankan penyediaan segera vaksin sebagai tindak balas cepat selepas dunia berada pada situasi ‘tidak bersedia’ ketika menghadapi COVID-19 pada awal 2020.
Sebagai rakyat yang ‘berumah’ di Malaysia, ancaman wabak penyakit seperti ini memang menggerunkan kita semua.
Bila mengingatkan kembali peristiwa bagaimana kita semua dikawal pergerakan, ada yang hilang ahli keluarga tersayang, kesihatan mental terjejas, kita semua dah tak mahu lalui episod lama tu.
Jadi, kita sama-sama perlu jaga diri dan keluarga kita. Pastikan pakai pelitup muka dan dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda tidak sihat untuk mengelakkan jangkitan berlaku.
Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berbahaya ini. Harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua. Jaga diri tau!