
Jangan Tinggal 7 Sayur Kegemaran Rasulullah Ini!
Dalam kehidupan harian kita, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah kunci kepada kesihatan tubuh badan dan minda. Sebagai umat Islam, kita sering mencari panduan dari sunnah Rasulullah SAW untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Salah satu aspek penting yang boleh kita teladani adalah pemakanan baginda.
Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW mempunyai beberapa sayur kegemaran yang bukan sahaja kaya dengan khasiat, tetapi juga mampu memberi kesan positif kepada kesihatan kita?
Jom kita terokai bersama-sama tujuh sayur kegemaran Rasulullah SAW yang tidak sepatutnya kita abaikan dalam diet harian kita.
- Bawang Merah
Bawang merah, yang sering digunakan dalam masakan, merupakan sayuran kegemaran Rasulullah SAW. Hadis dari Khalid RA menyatakan bahawa Aisyah, isteri Nabi, mengungkapkan Rasulullah SAW dan para sahabat suka memakan bawang merah.
- Bawang Putih
Selain bawang merah, Nabi Muhammad SAW juga gemarkan bawang putih, yang dimakan mentah atau digoreng pada zaman baginda. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih dapat menguatkan sistem imun, mencegah demensia, dan mengurangkan risiko kanser.
- Ubi Bit Merah
Ubi bit merah, sejenis sayuran lobak, dikatakan kegemaran Rasulullah SAW apabila digabungkan dengan barli. Makan ubi bit merah dapat menurunkan tekanan darah, meningkatkan stamina, dan mencegah keradangan.
- Zucchini
Zucchini, yang teksturnya lebih rangup dan berair berbanding timun, juga merupakan kegemaran Rasulullah SAW. Sayuran ini kaya dengan antioksidan, mengurangkan gula darah berlebihan, serta mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, jantung, dan kelenjar tiroid.
- Labu Kuning
Sayuran lain yang disukai Rasulullah SAW adalah labu. Menurut Anas bin Malik r.a, “Nabi SAW menyukai buah labu. Suatu hari, aku mengutip labu dalam hidangan dan meletakkannya di hadapan baginda kerana aku tahu baginda menyukainya.” Labu dapat membantu mencegah kanser prostat dan baik untuk kesihatan jantung.
- Timun
Nabi Muhammad SAW juga menyukai timun, seperti yang disebut dalam hadis riwayat Abdullah bin Ja’far bin Abi Talib. Ada anjuran: “Makan dan cintailah timun kerana Rasulullah SAW makan dan menyukainya.” Hadis riwayat Tirmidzi mencatat bahawa baginda pernah makan timun dengan kurma basah, satu kombinasi untuk pemakanan sihat.
- Cendawan Truffle
Dalam hadis riwayat Said bin Zaid, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa truffle adalah sayuran yang menyihatkan dan baik untuk kesihatan mata.
Ternyata sayur-sayuran kegemaran Rasulullah SAW ini terkandung 1001 manfaat di dalamnya untuk kesihatan badan kita. Jadi, jom kita ambil manfaatnya dan amalkan bersama-sama😊