
4 Petua Penting untuk Kurangkan Sakit Gout
Penyakit gout adalah masalah kesihatan yang serius yang boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan ia disebabkan oleh perubahan jumlah darah dengan pembedahan, perubahan cecair, perubahan ubat, atau faktor lain.
Macam mana ia boleh terjadi? Ia disebabkan oleh peningkatan kadar asid urik dalam darah, yang boleh menyebabkan pembentukan kristal tajam di dalam sendi, menyebabkan rasa sakit yang teruk dan bengkak.
Berapa lama gout akan hilang?
Biasanya, serangan sakit gout ini boleh berlaku antara 7 hingga 10 hari. Namun, ia juga bergantung kepada pengambilan ubat anda.
Bagi individu yang mengalami gout, mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan serangan adalah penting. Berikut adalah empat petua penting yang boleh membantu mengurangkan risiko dan kesan penyakit gout:
- Amalkan Diet Sihat:
Diet berperanan penting dalam menguruskan penyakit gout. Individu yang mengalami gout disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi purin, seperti daging merah, hati, dan makanan laut.
Sebaliknya, tambahkan makanan yang rendah purin seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein rendah lemak seperti ayam tanpa kulit dan ikan.
- Minum Banyak Air:
Air adalah pembantu semulajadi dalam melarutkan asid urik dalam badan. Dengan minum banyak air, anda membantu membuang asid urik dengan lebih efisien melalui pengeluaran air kencing.
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari adalah disyorkan untuk individu yang mengalami gout. Minuman lain seperti jus buah-buahan yang tidak manis dan air kelapa juga boleh menjadi pilihan yang baik.
- Ambil ubat yang disarankan
Sekiranya anda pernah mengalami serangan gout sebelum ini, doktor anda mungkin telah menetapkan ubat tertentu untuk merawat serangan masa depan, seperti:
- Ubat penahan sakit yang kuat seperti kodin, hidrokodon, dan oksikodon
- Kortikosteroid, sama ada diambil secara oral (melalui mulut) atau diberikan sebagai suntikan ke dalam sendi terjejas
- Ubat oral yang dipanggil colchicine, yang khusus untuk gout dan telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan keradangan jika diberikan dalam 24 jam pertama serangan
- Letakkan ais pada sendi terjejas pesakit gout
Jika anda boleh tahan dengan tekanan pek ais, terapi sejuk ini boleh memberikan kelegaan rasa sakit dengan mengurangkan keradangan dan tanda sakit.
- Rehat secukupnya
Walaupun anda dalam keadaan yang tak selesa, cuba untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Rehatkan bahagian sendi yang terjejas dan elakkan tekanan ke atasnya yang boleh menyebabkan berlakukanya kesakitan dengan mudah.
Dengan mempraktikkan petua-petua ini, diharap ia dapat membantu mengurangkan gejala penyakit gout dan meningkatkan kualiti hidup anda secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, penting untuk dapatkan konsultasi doktor untuk rawatan yang sesuai dengan keadaan anda.
Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik hendaknya😉
