
Kerap Kencing Malam Tanda Diebetes? Kenali Tanda-tandanya!
“Alamak, saya memang kerap kencing malam. Ni tanda-tanda saya ada penyakit diabetes ke? 😥”
Haa… lebih baik anda check paras gula dalam darah anda. Bukan apa, tahap penghidap diabetes di Malaysia sekarang semakin lama semakin menaik.
Jadi, lebih baik kita cegah sebelum ia bertambah parah.
Ayuh kenali tanda-tanda diabetes!
1.Kerap kencing
Jika seseorang mengambil gula secara berlebihan, tubuhnya cenderung untuk sering buang air kecil, terutama pada waktu malam. Hal ini terjadi kerana ginjal tidak dapat memproses jumlah gula yang tinggi dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui air kencing.
2.Rasa Dahaga
Selain itu, seseorang dengan kadar gula yang tinggi akan merasakan mulut dan tekak selalu kering atau haus. Mereka cenderung minum minuman sejuk dan bersoda. Hal ini disebabkan oleh dehidrasi yang terjadi secara automatik ketika sering buang air kecil, bahkan setelah minum banyak air.
3. Mudah Lapar
Jangan hairan, tapi memang pesakit diabetes mudah berasa lapar. Ini kerana sel-sel tubuh menggunakan gula sebagai sumber tenaga untuk menjalankan fungsi dengan optimal. Namun, ketika sistem ini terganggu akibat diabetes, sel-sel tubuh tidak dapat menyerap gula dari darah. Akibatnya, tubuh mencari sumber tenaga alternatif yang menyebabkan seseorang merasa lapar.
4. Keletihan
Selain itu, gejala diabetes rasa sering dirasakan oleh pesakit diabetes adalah rasa letih dan kekurangan tenaga kerana sel tubuh badan yang tidak lagi dapat menyerap gula daripada darah dengan baik.
5. Penglihatan Kabur
Penglihatan mungkin akan kabur disebabkan oleh gula dalam darah terlalu tinggi, ia juga boleh merosakkan salur-salur darah kecil yang terdapat pada mata lalu menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
Jika anda mempunyai kesemua tanda-tanda diatas segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian diabetes bagi memastikan ianya dikesan lebih awal dan mengelakkan komplikasi lain. Jangan lupa share dengan ahli keluarga dan rakan-rakan lain juga tau!
Semoga bermanfaat 🙂