
Pasangan Dengkur Kuat? Tidur Dengan Tenang Dengan Petua Ini!
Tidur berdengkur sering dikaitkan dengan tanda bahawa seseorang itu sedang tidur dengan nyenyak. Namun, jika bunyinya terlalu kuat dan membingitkan ia boleh membuatkan sesiapa bersebelahannya terganggu. Mesti ramai pasangan yang dah berkahwin alami masalah ini kan?
Masalah berdengkur ini bukanlah sejenis sindrom yang berbahaya, cuma ia mengganggu waktu tidur orang lain terutamanya pasangan yang dah berkahwin atau adik beradik dan rakan yang tidur sebilik. Masalah ini juga bukan hanya kepada dialami oleh lelaki saja, wanita pun ada juga tau.
Macam mana masalah ini boleh diatasi secara semula jadi? Ini petuanya!
Tidur Lena dengan Petua ini
- Tukar gaya tidur
Beri perhatian kepada mereka yang suka tidur dalam keadaan ‘terlentang’. Sebenarnya, ia adalah kedudukan yang tidak baik untuk orang yang berdengkur.
Jadi, ubah posisi tidur anda dengan mengiring ke sisi anda. Ini akan mengurangkan tekanan pada tekak dan lidah kerana geseran antara lidah dan tekak ketika baring terlentang adalah punca utama berdengkur.
- Mandi air panas
Ramai antara kita lebih suka mandi pada waktu pagi kerana takut dijangkiti radang paru-paru.
Walau bagaimanapun, apa yang anda mungkin tidak tahu ialah mandi air panas sebelum tidur boleh membuka saluran hidung (saluran pernafasan anda).
Ini boleh meningkatkan kualiti tidur tanpa berdengkur yang kuat kerana penyumbatan saluran hidung boleh menyebabkan seseorang berdengkur.
- Elak pembiakan serangga di tilam
Serangga mikro yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebenarnya berkeliaran dan membiak di tempat tidur, terutamanya di bantal.
Selain menjadi punca alahan, serangga juga boleh menyebabkan masalah dengkuran. Serangga akan menyekat saluran hidung anda.
Lebih teruk lagi, tanpa disedari serangga halus ini merayap di permukaan kulit dan kepala anda.
- Bersihkan kipas dan bantal
Sentiasa bersihkan kipas dan bantal sebelum tidur. Jangan lupa tukar sarung bantal dan tudung setiap dua minggu untuk menjaga kebersihan.
Panaskan sarung bantal dan tudung anda di dalam pengering pada kitaran lembut untuk membunuh sebarang kuman dan serangga yang mungkin melekat.
Untuk cara mudah, gunakan tiub hidung yang dijual di farmasi dengan harga yang berpatutan sebagai alat bantuan. Ia pasti dapat mengurangkan dengkuran semasa tidur.
Semoga bermanfaat! 🙂
